Tuesday, 26 July 2011

apam polka dotku:)

salam sejahtera n selamat pagi semua..hehe..
jeng2,muni dah kembali(ececeh)setelah sekian lame muni mendiamkan diri diatas sebab2 yg tertentu..haha..
nk tau nape?hehe...muni da big projek la...haha
act muni bz m'cuba pelbagai masakan...hehe..tau x nape muni tetiba jew leh nak memasak nie???haha..coz tym muni berblog walking,muni da msk 1 blog nie...masyaallah...sungguh2 kreatif tuan pny blog 2 stail masakan die..muni tgk je pic masakan die,automatik tergedik nk try buat..coz teringin sgt nk mkn...haha..so,pe ag..trus la muni g cr bahan2...nie first resepi yg muni try..haha..jadi kot beb..so,muni share resepi die tok korg plak try..hehe..


bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur- peti sejuk 
1 cawan gula 
150ml air + 5 camb susu pekat / susu tepung 
pewarna :- sy guna ungu-keladi, hijau-kiwi, coklat- coklat
3 camb baking powder 
1 camt ovalette 
inti: inti yg di jual di bakery atau boleh guna jem strawberi, serikaya 

caranya:

 1- pukul telur bersama gula, ovalette hingga kembang , putih , berkrim.
masukkan tepung sedikit2 selang selikan dengan susu .
2- kacau sebati. bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna .
hijau - kiwi, ungu- keladi, coklat- coklat.panaskan periuk kukusan
dgn api perlahan, dan balut penutup periuk kukusan dgn kain atau 
aluminium foil.
3- isikan dalam beg piping .. utk senang di paipkan dlm acuan kertas.
paipkan sedikit adunn warna ke dalam acuan kertas dlm setengah 
dr acuan kertas, paipkan inti dan kemudian paipkan kembali adunan
warna hingga penuh.
4- kukus dlm 10-15 minit.hidangkan 


petua:

 pengukus hendaklah di panaskan api sederhana , biar mendidih airnya 
barulah di kukus kuih ini.
- letakkan alas acuan kertas di dlam acuan kuih lompang supaya apam jd 
bulat cantik.
- kukus dengan api perlahan sbb kalau api kuat apam akan pecah ..dan 
dah jadi apam mekar la pulak.
- stgh cr kl tak nak intinya jth ke bawah , isikan adunan dan kukus sebentar 
baru paipkan inti dan isi adunan kembali smpai penuh dan kukus semula 
sampai masak .

kwn2...cumel kan apam dot2  nie:)
-or anda bleh masak jem bersama tepung jagung

Saturday, 16 July 2011

Pernikahan ala Titanic

SAMA CANTIK...Johan menyarungkan cincin di jari Farah selepas majlis akad nikah di atas Cruise Tasik, Putrajaya.
SAMA CANTIK...Johan menyarungkan cincin di jari Farah selepas majlis akad nikah di atas Cruise Tasik, Putrajaya.
PUTRAJAYA: Selepas enam tahun menyulam cinta, akhirnya bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) juga pengacara, Farah Diana Anuar atau Farah, 26, selamat diijab kabul dengan jejaka pilihan hati Johan Johari, 26 tahun dalam majlis pernikahan ala Titanic, di sini semalam.
Pasangan itu dinikahkan pada kira-kira jam 4.35 petang oleh mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abd Aziz dengan disaksikan hampir 60 tetamu termasuk keluarga kedua-dua pihak di atas bot persiaran Cruise Putrajaya. Dalam majlis pernikahan yang pertama kali diadakan seumpamanya, Farah turut menerima mas kahwin berjumlah RM2,500 dan wang hantaran RM25,185, selain tujuh dulang hantaran termasuk sirih junjung, senashkah al-Quran serta barangan perhiasan peribadi dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Sewaktu majlis membatalkan air sembahyang, Johan menyarungkan seutas gelang tangan dan sebentuk cincin kepada Farah, sementara penyanyi mula mencipta nama menerusi lagu Antara Dua itu turut menyarungkan sebentuk cincin ke jari suaminya.
Ditemui sebaik majlis selesai, Farah berkata dia memang mengimpikan majlis pernikahan sedikit berbeza dan idea diberikan rakan agar diadakan di atas bot persiaran dirasakan cukup menarik.

“Apabila perkara ini dirujuk kepada pihak pengurusan Cruise Putrajaya, mereka bersetuju dan berkata belum ada lagi orang mengadakan majlis pernikahan di atas bot dan saya yang pertama,” katanya.

Walaupun sudah berkahwin, Farah yang kini aktif dalam bidang pengacaraan berkata, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa, namun dia keberatan untuk aktif berlakon.

“Selepas berkahwin saya akan menetap bersama suami di Pulau Pinang kerana dia berasal dari sana dan mempunyai perniagaan perlu diuruskan. Bagaimanapun kami akan datang ke Kuala Lumpur jika ada urusan,” katanya.

Pada majlis itu Farah turut membuat kejutan kepada suami dengan mengumumkan dia menghadiahkan Johan, percutian ke Pulau Maldives seperti yang diidamkan suaminya sebagai bulan madu mereka.

sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/PernikahanalaTitanic/Article

wah2...bestnya...jelesnya munie..di doakan semoga hubungan yg terbina ini akan kekaL selama-lamanya...
p/s: farah sangat2 cantik:) hehe..suke2..pandai mak andam die solek..naik aura pengantin baru..berseri-seri..

Tuesday, 12 July 2011

ehem...bl dah da byk ms....

assalammualaikum semua..cuba korg smbgkan ayat di atas 2..hehe

bl dah byk ms,mula la muni wat pelbagai plan with my adik..hehe..punyalah byk smpai xtau nk strt yg mne dulu..ish2,tamak tol kan cik muni nie..
smlm muni x sempat nak BW coz da strt plan ktorg..nk tau x pe plan ktorg?hehe..cuba teka..cuba teka..hehe..

plan ktorg adalah nk memantopkan skil memasak..hehe..(puji la ckit..)..ish2, xmalu tol muni nie..nak org puji die plak kan...haha..
smlm punyalah bersemangat muni n adik mencari mcm2 resepi..haha..n semalam muni dah try wat mee hailam..kihkih..my mama la yg jd juri..my mama bg 3 stars from 5 stars..kira hebat la kan..(perasan lg)..ish2..

n pg td,muni ngn muka cutenya,mengajak mamanya g econsave utk next resepi..kihkih..tp yg sedihnya bl blk umah,d ajuga brg yg terlupa beli..xpela..nk tau x pe next resepi yg akan muni masak???
hehe..nak tau,kn tggu la ek...:)

jom kita g lunch..hehe..td muni msk sayur campur yg terbaek la..haha...
wslm...

Monday, 11 July 2011

10 tanda-tanda dia adalah jodoh kita:)

assalammualaikum dan selamat sejahtera kpd semua:)
hari nie muni tetiba jer ada masa yg tersangat banyak..hehe..(dah jadi pembantu mama kt umah scr rasminya).so,muni nk kongsi sedikit info pasai jodoh...hehe...muni bc artikel nie tym muni BW td..hehe..



act,walaupon usia perhubungan muni ngn si dia nie dah nk masuk 5 tahun end of this year,tp kekadang 2 bila dok termenunng sorg2(layan blues la konon2nya) tetiba je t'pk..btoi ke dia nie jodoh aku ek??? tp bila muni bc artikel nie,muni yakin die adalah jodoh muni..amin..

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.






HEBAT SANGAT KE CINTA TUE....????????

Hebat sangatkah cinta?
Atau cuma hawa nafsu semata???
Jika tiada calon,
ramai yang bertanya...
"Mengapa tidak dicari???" katanya.


Hebat sangatkah cinta?
Jika cuma sesama manusia,
apatah lagi berlainan jantina.
Hingga agama diletak belakangnya...


Hebat sangatkah cinta?
Jika statusku single,
mereka hairan bertanya...
Sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya.
Jika ramai tak buat dipandang biasa...




Hebat sangatkah cinta?
Menghayati rasa yang terkandung di jiwa.
Terlahirnya sajak dan puitisnya cinta.
Lautan api sanggup diredahnya...




Hebat sangatkah cinta?
Hingga semua nak diserahkannya.
Katanya memujuk kononnya aku yang teristimewa,
sedangkan ayat sampah tu dah beribu kali dijaja...




Hebat sangatkah cinta?
Kononnya di hati tulus setia,
membukti cinta tanpa diduga.
Akhirnya tubuh menjadi mangsa...


Hebat sangatkah cinta?
"Saya suka awak kerana agama"...
Kalau begitu mengapa mendekati zina???
Jika benar agama ukurannya...


Hebat sangatkah cinta?
Mampu membuat diri tersenyum manja,
khayalnya meneguk madu cinta.
Sedangkan yang diteguk racun berbisa...


cinta hatiku..
Hebat sangatkah cinta?
Sehingga mata yang celik dikata buta,
dosa pun dia kata"tak pa",
Janji kau, aku yang punya...


Hebat sangatkah cinta?
Jawapannya ya...
Jika mencari cinta tulus hanya pada Yang Maha Esa...
Bahagianya kekal untuk selamanya...

actually,semua org da opinion tersendiri pasai cinta..btoi x? cinta nie subjektif...
bg muni, dlm melayari kehidupan seharian ini,cinta perlu wujud untuk membuat kehidupan kita lebih bermakna...bukan maknanya cinta terhadap si dia sje tau..cinta pada family,teman2 dan yg paling agung adalah cinta kepada TUHAN YG MAHA ESA:)
muni berharap,cinta muni dan si dia akan terus berkekalan hingga akhir hayat kami...serta cinta muni terhadap keluarga tersayang tidak akan berubah walau ape pon yg berlaku..amin..
ish2..tb2 wat2 syahdu plak..hehe..
sumber artikel: note temanku..siti arfah

Tuesday, 28 June 2011

jom main :p

Game ayat best...JOM CUBA!!!
Ayat2 Tarikh Lahir

1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:

January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku cium
May--------- ----aku terajang
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling




2-Ambil ayat dari hari tarikh lahir korang:

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------handphone aku
8--------tudung saji
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun




3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan:
(p/s:untuk tahun ambik no akhir ajer)

1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan

4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku rm 10
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

Contoh ayat lahir pd 8/4/1977(p/s:untuk tahun ambik no akhir ajer)

sebab aku betul2 serius nak lakukan...aku cium hantu jepon di atas bumbung rumah
ada ker...(mesti hantu jepon tu kiut..huhu..)

hek3...selamat mencuba....

sumber: FB

thanks for loving me when i had the eyes

There was a blind girl who was filled with animosity and despised the world. 

She didn't have many friends, just a boyfriend who loved her deeply, like no one else. 


She always used to say that she'd marry him if she could see him. Suddenly, one day someone donated her a pair of eyes… 


And that's when she finally saw her boyfriend… 


She was astonished to see that her boyfriend too was blind… 

He told her, "You can see me now, can we get married?" 

She replied, "And do what? We'd never be happy. I have my eye sight now, but you're still blind. It won't work out, I'm sorry." 


With a tear in his eye and a smile on his face, he meekly said, "I understand. I just want you to always be happy. Take care of yourself, and my eyes."

sumber: http://www.facebook.com/notes.php?recent#!/note.php?note_id=219034838127181http://www.facebook.com/notes.php?recent#!/note.php?note_id=219034838127181

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...